t v a l q u r a n المجد للقرآن








http://www.chofoo.com/

----------------------------






rahsia ayat dan surah dalam Al-Quran ..


Oleh osama laden, 2003-10-07 16:52:44, IP : 210.19.76.36



BISMILLAH (Dengan nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya,
seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak
tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan
kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia
pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri
yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid
yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam
Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah
akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali
ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia
akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari
gangguan jin.

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia
akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang
mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari
segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh
penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap
sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun
segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat
Allah.





SURAH AL- ANFAL (Rampasan)


Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di

cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)


Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan

akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah
ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.


SURAH YUNUS (Yunus)


Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang

hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan
selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan
terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)


Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan

serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56
dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari
gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca
ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang,
nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)


Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan

kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia
akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca
ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada
anak-anaknya.

SURAH AR-RA'D (Petir)


Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari

petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit
jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)


Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya

anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan
bida'ah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)


Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas

perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya
itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)


Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang

yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa
membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan,
nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat
dengannya.


SURAH AL-KAHF (Gua)


Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.

Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)


Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di

akhirat.


SURAH THAAHAA (Hai Manusia)


Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu

pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas
sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)


Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat

sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH AL-HAJ (Haji)


Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)


Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang

yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan
terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan
serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)


Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi

yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat
sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)


Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu

air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat
dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)


Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan

senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)


Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal

kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)


Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka

tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51
hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)


Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa

membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)


Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang

hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)


Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala

penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)


Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas

kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)


Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia

akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
musuh-musuhnya.

SURAH SABA' (Saba')


Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,

terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)


Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati

perniagaannya.


SURAH YAASIIN (Hai Manusia)


Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati

dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah
Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut,
nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin
benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang
siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan
cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam
Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua
ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali
ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya
itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali
selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari
siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun
kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan
kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat
dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam
kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda
sekalian.


SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)


Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada

gangguan jin.

SURAH SHAAD (Shaad)


Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian

sejati."Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku,
mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina."

 
Web Analytics